Saturday 9 June 2012

Rasa Hati

Lama dah tak update blog..hari ini curi masa sikit utk blogging kejap.. Kelmarin keluar ke rumah macik adik kepada ummi ku untuk celebrate hari jadinya..hanya keluarga terdekat sahaja yang dijemput termasuk la aku..Bila balik semalam banyak yang terpikir di minda ni.... Rasa sedih dan gembira bercampur dlm hati ini..pernah dulu salah membuat keputusan mengikut rasa marah darah muda ini membuat ku dlm keadaan sedih seketika..keadaan bersama keluarga menjadi rumit dan akhirnya pulih semula selepas bermaaf maafan sesama sendiri..

Tapi mungkin hati ini sahaja yang terlalu emosi aku masih tetap merasa sedih..entah la kalo boleh di pusing kembali masa dahulu tidak mau kedaan itu terjadi tapi apa kan daya..aku manusia biasa yang tidak lepas membuat kesilapan..Aku serahkan segalanya kpd Allah..Allah maha mengetahui apa yang ku rasa..aku redha apa yang terjadi, dan aku tau setiap yang terjadi tetap ada hikmah di sebaliknya..

Aku masih ada ibu bapa adik beradik suami anak yang menyayangi ku..apa lagi nikmat yang tidak cukup Allah berikan pada ku?..aku sentiasa bersyukur atas semua itu..Aku harap aku sentiasa diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah juga ku doakan ahli keluarga ku yang lain juga diberi hidayah serta kebahgiaan di dlm kehidupan mereka..kalo bole aku luahkan perasaan ini pada mereka..aku sayang mereka..tapi aku yakin mereka semua juga kepunyaan Allah,moga mereka diberi petunjuk dan dirahmati Allah sentiasa...

Dalam kehidupan ini bila difikirkan semula semuanya adalah penting..tetapi terletak pada kebijaksanaan kita utk memberi prioriti mana yang lebih penting untuk diutamakan terlebih dahulu..dan lakukan lah satu perkara pada satu masa, one step at a time.. Tapi jika diri mampu lakukan lebih daripada satu..tidak salah tapi biarlah perkara itu memberi kebaikan bukan hanya pada kita tapi juga pada org lain, jangan samapai menyusahkan pulak....janganlah terlalu mementingkan diri sendiri..fikir juga keadaan orang lain..tapi jangan juga terlalu fikirkan orang lain sampai tidak memikirkan diri sendiri..

Barakallah

Thursday 26 April 2012

Menunggu waktu..


Sambil menunggu waktu Zuhur ambil kesempatan blogging jap :).. lagipun my little bos pun tengah tido..Hari ni tak sangka tengah update my BayuClassiq page.. i jumpe my senior from Petronas Group dulu.. Kak Ayu.. i saw her comment on one of my pic.. lamanya tak contact kak yu more than 4 years i guess.. Alhamdullillah kak Ayu dengan penghijrahan cukup ayu buat ku seperti namanya :). Dia juga baru habis berpantang meaning dia baru je bersalin..which a very good news to me too! Coz all this while this is the moment that she expected to be happy for being a mother.. Congratulation kak Ayu..

Inilah antara kejadiaan dan hadiah yang terindah daripada Allah kepada hamba NYA iaitu mendapat hidayah dan bergelar ibu adalah perkara yang cukup sempurna bagi seorang wanita... Seperti Firman NYA : ' Setiap kesakitan semasa mengandung dan saat kelahiran berguguran lah dosa si ibu juga pada setiap saat ibu bangun malam merawat dan menjaga anaknya pahala yang besar akan diganjar oleh Allah kepada nya..Syukur Alhamdullilah sesungguhnya bertuah la kepada setiap wanita di muka bumi ini yang diberi rzeki dan diizinkan Allah utknya bergelar ibu.. Rasullullah saw juga pernah bersabda: Siapa yang harus di dahulukan oleh seorang anak antara ibu atau bapanya , jawapan baginda ialah ; pertama ibu , kedua ibu, ketiga ibu dan keempat baru lah bapanya.. SubhanAllah tinggi nya darjat seorang ibu di sisi Allah swt..sebagai seorang ibu kita seharusnya bersyukur akan pemberian atau bonus yang suda tersedia oleh Allah kepada kita..

Balik kepada kak Ayu, sepanjang perkenalan kami tidak dapat disangkal Kak Ayu adalah seorang wanita yang cukup energetic orangnya bagiku dia adalah seorang yang ceria, aktif dan baik orangya..im lucky to knw her..dan kadang2 kesedihan yang mungkin ada terselit tetapi ditutupi oleh keceriaan dan keagresifannya sendiri hehe..biarpun begitu segan plak nak bertanya kepada kak Ayu sebab tidak mau dia berasa sedih..begitu kuatnya kak ayu bagi pendapat ku..sebab aku cukup suka melihat gelagatnya org KL ckp terkinje kinje ke sana ke mari hahaha.. suaranya cukup power taw sedap dan tak kurang hebatnya bila gelak satu ofis tu ble dengar..hahaha...bila  dapat hubungi dia semula senang juga hati ni dan indah berserinya wajah kak ayu sekarang.... oleh kerana tak dpt luah masa nak resigned tu ..jadi aku ambi peluang ini utk ucap terima kasih kepada kak Ayu yang pernah melayan ku baik seperti seorang adik dan sayang kak ayu.. biarpun perkenalan kami itu tidak lama masanya tapi aku gembira mengenalinya..

Ku doakan kak ayu bahagia bersama keluarganya, murah rezekinya dan sentiasa dirahmati Allah swt.Amin :)

Keluar Dengan ibu bapa kedua ku..

Yasterday tak sempat nak blogging..i went to MSAM..rugi rasanya kalo tak pergi as Sabahan kan..lagipun mengikut one of the participant Program MSAM kali ini adalah yang terhangat berbanding tempat yang lain..WOW menarik tu..I pernah juga join as participant under Bank Islam before this masa tu i masih keja lg as PFE, pelancaran MSAM masa tu kat Sarawak..masa tu ramai jgk pengunjung  selama 3hari berkampung kat Wisma Bapa nak keras je tak apa tak nya sejuk tuu huh aircon tu mengalah kan hujan di luar hehe..tapi  memang best u got the chance to meet byk jenis org..huhu

Anyway..yasterday my hubby tak dapat join maklumlah org bekerja, so i went with my parents in law.. my liltle precious baby sampai tetido tido kasihan penat menunggu sampai masa nak balik tu..at first my mom in law yang angkat lepas tu bila i angkat masuk keta he woke up plak haha maybe panas tu yang buat dia tak selesa kan.. before that sempat gak i tgok2 barang kat sana as usual tudung gak took my attention..heee.. at the end of the day we back home and bawa pulang 2 payung and 2 beg..patutnya dapat tiga tapi org kat kaunter tu tersalah bagi buku registeration yang under 18tahun plak..sah2 i ni dah ada baby kan mungkin dia silap kot atau memang dia pikir i ni budak sekolah la kan hmmm... dah brapa kali jadi mcm ni.. last time it happened when me and hubby went to Tomei..sales girl tu bole cakap i ngan hubby look very young and must be kawin selepas habis school..ahahaha bole plak sales girl tu ckp mcm tu..dia anggap kitaorg ni baru abis SPM tuhh..adoi..biarpun dlm hati ni berkata gak Alhamdllh awet muda rupanya aku ni kan.. lastly i bitau sales girl tu, actually umur i and hubby this year will be 30.. dia terperanjat sambil tergelak gelak..yelah takpe la kan biasa la tu katanye..

Macam tu lah macam macam perangai gelagat manusia ni kan.. dari situ i terfikir memang sesuai sangat la dgn kata2 ' Dont judge the book by its cover'.. ayat ni bole berkaitan dengan mcm2 situasi.. sebagai manusia dan hamba kepada NYA kita tak sepatutnya jump into the conclusion .. kita juga disaran kan untuk berfikir dulu sebelum berkata-kata.. i admit benda ni juga pernah berlaku pada i satu ketika dulu..tapi Alhmmdllh Allah itu maha pengasih lg maha penyayang sentiasa melindungi hamba NYA yg sentiasa berdoa dan mengadu kpd NYA..hari hari perubahan dan kebaikan itu menyerap ke dlm diri ini dgn izin Nya..kesilapan itu menjadi teladan dan mengubah kita menjadi lebih baik dari sebelumnya..Alhamdullilah.. Seperti Firman NYA : "Jika kamu berjalan AKU kan berlari kpd mu, sesungguhnya Aku lebih rapat dari urat nadi mu sendiri"... MasyaAllah sayangnya Allah  pada hamba NYA.. Oleh itu teruskan lah mengadu dan berdoa pada tuhan kita , Kerana sesunggunya kasih sayang NYA pada makhluk NYA memang tidak ada kata kata yang dapat mengungkap.. tetiba sedih  terharu plak hati ini...ini adalah buat peringatan buat diri ini sendiri juga buat saudara ku di luar sana.. ingat lah kasih syg ibu bapa yang tidak ternilai harganya itu juga tidak dapat menandingi kasih syg oleh Sang Maha Pencipta Allah Azza Wajalla..

Wednesday 25 April 2012

What a great life..


Macam tak percaya pulak dah mula blogging ni.. biarpun yah this is not my first time create a page other than i have my own Tudung Online store 'BayuClassiq'..but for my personal blog yes julung kalinya.. I pernah nak buat sekali about 3 to 4 years ago tapi malangnya tak maintain..lupa password habis trus huhu.. How it started again because of..jeng jeng jeng.. my sweet, cool and you can say my close buddy back at campus masa belajar kat UiTM Shah Alam dulu.. Nama wanita is Azlin haha.. tentu kamu senyum skrg kan Azlin tengha membaca ni hehe.. Dia menyerapkan semula semangat i nak start personal blog ni..

2 days ago, when i was checking my stocks (tudung) and try to contact my supplier, panggil je nama supplier tu Mariakari la ok ..tak ble reveal bahaya.. Boleh plak mariakari ni tak reply message i, tak jawab call i pendek kata semua la..eeee geramnya rasa Ya Allah tuhan je yang tau.. sedangkan i dah buat payment and waiting for the parcel since last week and she didn't reply anything to me..and mula lah kepala ni fikir yang bukan bukan kan..Mesti kes kena tipu la ni..And mula terdetik di hati ni mengeluh dan mengadu pada Allah...kenapala jadi mcm ni ,takpela benda dah nak jadi ini adalah sebahagian ujian dalam mejalankan perniagaan ( kata hati i memujuk diri sendiri).. tapi i ni tak sempurna marah , geram membara ni masih mendidih di dalam jiwa..i terus pegi page supplier tu..and i buat pesanan kat wall dia i said ' tolong reply message i, since last week i tak dapat reply u sedangkan duit dah masuk tapi barang i tak sampai sampai lagi dari last week'..tujuan i sebenarnya mencari alternatif lain utk hubungi mariakari ni..dan bukan meng aib kan dia.. tak sangka lepas tu ada org komen jgk apa yang  i tulis tu dan tetiba i dapat message, dari hamba Allah ni nama dia Fara.. rupanya Fara pun dapat nasib yang sama..confirm kes tipu..rupanya bukan i je yang kena ada lagi yg lain juga..hmm sedih betul , sedihnya sebab mariakari tu pun saudara seagama kita tapi sanggup buat perkara macam ni..

Tapi Allah tu maha Adil , and memang betul doa orang yang teraniaya tu jadi kan..tak semena mena i dapat kawan baru pada hari tu nama dia Fara..tak sangka hehehehe..siap tukar no fon lagi..mungkin itu adalah antara hikmah di sebalik apa yang terjadi.. AND masa tu tengah panas panas tu la teman i nama Lin ni muncul..dengan rindu yang lama tak contact selama ni, masing2 dah beranak pinak i pun mula chat dengan lin.. Lin mcm dulu tak pernah berubah termasuk la i yang otak tingtong sikit, kitaorang chat dan gelak bersama..even via chat online je..she really wipe off my temperature haha..hmm lega gak sedikit..and start that moment la we keep in touch untill today..and she invited me to her blog..and the idea came into my mind to start blogging again.. Hikmahnya pada hari itu Allah telah tunjukkan pada kita, sebesar mana and kuat mana pun kita, bumi ini adalah ciptaan NYA..Si mariakari tu akhirnya message to my fon and gave me my tracking no, menunjukkan dia baru hantar barang i konon..and time tu tengah malam pulak tu..pelikk..tapi Wallahualam..i serahkan pada Allah..perkara2 ni jugak membuatkan i terus belajar dan waspada jangan mudah percaya orang dan jangan risau.. perkara baik akan di balas baik dan perkara buruk akan di balas buruk.. tak sangka kata2 i pada mariakari itu sedikit sebanyak membuatkan dia sedar dan takut lalu membalas message i juga akhirnya..tapi nak cakap dia sedar tu susah la dia je yang tau kan..

Bila benda ni jadi kita bukannya nak tunjukkan sikap berkira pasal duit tapi, biarpun rm1 pun itu tetap duit dan bukan senang nak cari duit nowadays..setiap rezeki yang kita dapat kita patut hargai dan i teringat kan anak i plak i sedih, i buat ini semua utk anak i jugak , selain suami yang membanting tulang mencari nafkah apa salahnya si isteri membantunya kan.. hmm mcm tu la ceritanya..macam mana bermulanya  blog i ni dan di sebalik perkara2 yang terjadi yang memberi pengajaran dan ingatan buat kehidupan i dan kita semua..

Thats all for this time.. thank you and Wassalam :)

Tuesday 24 April 2012